Hi semua :)
entry kali ini saya akan memperkatakan isu yang berkaitan dengan bahasa melayu
apa yang saya nak highlight di sini adalah 4 perkara:
1) harapkan pagar, pagar makan padi
2) melepaskan batuk di tangga
3) tepak sireh
4) adat resam*
baiklah kesemua frasa di atas ini kita biasa dengar dalam kehidupan seharian kita. malangnya, tanpa kita sedari, ianya telah disalahgunakan.
1)harapkan pagar, pagar makan padi
awak pernah nampak macam ni?? haha

tak pernah lagi dalam dunia ni ada pagar yang makan padi.
ini salah. sepatutnya:
harapkan pegar, pegar makan padi
pegar? what is pegar?
pagar tu adalah spesis ayam ataupun burung

ayam pegar ni gunanya lebih kurang sama macam burung hantu lah kot.. tapi burung hantu makan tikus. so ayam ni makan belalang, ulat n what so ever.
namun, bila blalang dah xde, terpaksa lah ayam ni makan padi kan sebab dia kan omnivor.
harapkan pegar, pegar makan padi
...
disebabkan ejaan jawi bagi pegar dan pagar adalah sama, maka telah berlaku kesilapan ketika merumikannya....
2)melepaskan batuk di tangga

uhuk²..
pernah ke kita terfikir ape kena mengena batuk kat tangga dengan buat kerja separuh jalan?
"betullah.. mana boleh batuk kat tangga. kalau nak batuk kena lah turun tangga. batuk kat tangga memang kerja separuh jalan."
ini salah.
sebenarnya adalah melepaskan batok di tangga.
apa tu batok?

haa. ini lah rupa batok.
macam mana rupa batok di tangga?

itu dia. main campak je. patutnya letak balik kat tempayan tu....
3)tepak sireh
ini lagi satu sebab salah eja.
sbenarnya orang dulu eja bunyinya tapak. bila menyusur masa, jadi tepak terus.
tapi nak buat macam mana kan. penggunaannya dah terlalu meluas
ok. ketiga² situasi kat atas tu adalah disebabkan berlakunya peredaran zaman. sama seperti perubahan yang berlaku kepada perkataan ayer menjadi air.
baiklah. sekarang kita pergi kepada yang keempat pula,
adat resam
pernah tak kita terfikir bila ada perkataan adat masti ada perkataan resam? apa itu resam? kenapa adat resam? tak adat melayu ke, adat kita ke dan sebagainya..
sekarang kita kenali dulu apa itu resam.
resam tu adalah sejenis pokok macam paku pakis daunnya. kalau kita lalu highway, slalu nampak kat tepi² bukit.


ini dia pokok resam.
pokok resam ni unik. orang dulu² buat batang resam ni jadi lidi mengaji.
memang kuat dan keras. ia jugak digunakan untuk dijadikan sempadan di kebun² getah, kelapa sawit dan sawah padi.
kalau nak tebas pokok ni memang susah. batang dia dah la keras, lepastu dia hidup banyak² pulak tu. kalau racun dia and tunggu dia kering, or tunggu musim panas baru senang sikit untuk ditebas.
senang hidup, susah mati.
sebab itu lah orang panggil adat resam.
ianya kuat dan kukuh, boleh hidup dengan sendirinya dan akan terus membiak jika tidak diracun..
itu sahaja untuk kali ini sekian :)
share jika rasa elok untuk di share :)
1 comments:
orang mana? Moro sugie? pauh?
Post a Comment