Saturday, January 7, 2012

harapkan pegar, pegar makan padi.. melepaskan batok di tangga, tapak sireh dan adat resam



Hi semua :)




entry kali ini saya akan memperkatakan isu yang berkaitan dengan bahasa melayu

apa yang saya nak highlight di sini adalah 4 perkara:


1) harapkan pagar, pagar makan padi
2) melepaskan batuk di tangga
3) tepak sireh
4) adat resam*



baiklah kesemua frasa di atas ini kita biasa dengar dalam kehidupan seharian kita. malangnya, tanpa kita sedari, ianya telah disalahgunakan.


1)harapkan pagar, pagar makan padi
awak pernah nampak macam ni?? haha


tak pernah lagi dalam dunia ni ada pagar yang makan padi.


ini salah. sepatutnya:


harapkan pegar, pegar makan padi

pegar? what is pegar?

pagar tu adalah spesis ayam ataupun burung



ayam pegar ni gunanya lebih kurang sama macam burung hantu lah kot.. tapi burung hantu makan tikus. so ayam ni makan belalang, ulat n what so ever.

namun, bila blalang dah xde, terpaksa lah ayam ni makan padi kan sebab dia kan omnivor.
harapkan pegar, pegar makan padi
...
disebabkan ejaan jawi bagi pegar dan pagar adalah sama, maka telah berlaku kesilapan ketika merumikannya....






2)melepaskan batuk di tangga


uhuk²..




pernah ke kita terfikir ape kena mengena batuk kat tangga dengan buat kerja separuh jalan?


"betullah.. mana boleh batuk kat tangga. kalau nak batuk kena lah turun tangga. batuk kat tangga memang kerja separuh jalan."


ini salah.


sebenarnya adalah melepaskan batok di tangga.
apa tu batok?

haa. ini lah rupa batok.
macam mana rupa batok di tangga?



itu dia. main campak je. patutnya letak balik kat tempayan tu....



3)tepak sireh

ini lagi satu sebab salah eja.
sbenarnya orang dulu eja bunyinya tapak. bila menyusur masa, jadi tepak terus.
tapi nak buat macam mana kan. penggunaannya dah terlalu meluas


ok. ketiga² situasi kat atas tu adalah disebabkan berlakunya peredaran zaman. sama seperti perubahan yang berlaku kepada perkataan ayer menjadi air.



baiklah. sekarang kita pergi kepada yang keempat pula,
adat resam


pernah tak kita terfikir bila ada perkataan adat masti ada perkataan resam? apa itu resam? kenapa adat resam? tak adat melayu ke, adat kita ke dan sebagainya..

sekarang kita kenali dulu apa itu resam.
resam tu adalah sejenis pokok macam paku pakis daunnya. kalau kita lalu highway, slalu nampak kat tepi² bukit.


ini dia pokok resam.
pokok resam ni unik. orang dulu² buat batang resam ni jadi lidi mengaji.
memang kuat dan keras. ia jugak digunakan untuk dijadikan sempadan di kebun² getah, kelapa sawit dan sawah padi.
kalau nak tebas pokok ni memang susah. batang dia dah la keras, lepastu dia hidup banyak² pulak tu. kalau racun dia and tunggu dia kering, or tunggu musim panas baru senang sikit untuk ditebas.
senang hidup, susah mati.

sebab itu lah orang panggil adat resam.
ianya kuat dan kukuh, boleh hidup dengan sendirinya dan akan terus membiak jika tidak diracun..


itu sahaja untuk kali ini sekian :)
share jika rasa elok untuk di share :)

Friday, October 21, 2011

x-men origins wolverine digital painting.



hmmm... lama sungguh ku x update blog ni. dekat 8 bulan kot. kali ni nak cakap pasal apa pun xtahu. actually tengah tensyen ni. so, nak melepaskan geram dengan mencoret sikit kat sini. xpelah. kes geram tu kita tolak tepi dulu.

post kali ni pasal my artwork yg x seberapa la. saja nak menajamkan skill photoshop. walaupun mengambil masa yang agak lama untuk siapkan artwork ni (sbb buzy assignment and other activity), tp akhirnya berjaya juga sampai ke garisan penamat.

klw xsalah, subjek yg digunakan adalah wolverine dari filem x-men origins wolverine. Ada 86 layer semua sekali. Overall, xde lah susah sangat nak buat artwork ni. cuma sedikit mencabar apabila nak buat bahagian mata, dan juga texture kulit. Paling susah bila nak buat highlight kat tepi pipi sebab perlu bnyk main brush pressure, and ada rambut yang membuatkan ianya agak leceh sedikit.

So, malas nak cerita panjang², mempersembahkan....


ini lah hasilnye. mungkin xberapa nak jelas. so di zoomkan sikit



details on skin, eyes



kalau nak tegok video, ada kat sini. tapi bukan speed painting. hanyalah layers yang di combine kan menjadi video :)


sekian.
thanx.

Wednesday, February 9, 2011

DOWNLOAD²...





Hai..
salam 1Malaysia semua.
sini malas nak cakap banyak..
baca le kat bawah ni..
kalau minat download la..


PHOTOSHOP SMOKE BRUSH FOR CS3, CS4, CS5
rugi sape xde brush ni
cool beb ...

download, extract, launch cs, upload brush
size: 3.3MB

COPY & PASTE LINK IN NEW TAB UNTUK DOWNLOAD

https://sites.google.com/site/dwfrbycx/home/abstract_smoke_brushes.rar?attredirects=0&d=1
_____________________________________________________________________________________________________________



PSD FILE: GOLD AND STEEL TEXT

Boleh customize font and colour.
download, extract, enjoy!
size: 3.52MB

COPY & PASTE LINK IN NEW TAB UNTUK DOWNLOAD

https://sites.google.com/site/dwfrbycx/home/metal-styles-graphicsfuel.zip?attredirects=0&d=1
___________________________________________________________________________________________________________





PSD FILE: CUSTOMIZEABLE FOLDER

PSD ni aku xberape guna..
tapi sape² yg ade dock tu, nk tuka² taste
nak letak muka sendiri kat icon,
haha..amek la ni..

size: 1.o5MB

COPY & PASTE LINK IN NEW TAB UNTUK DOWNLOAD

https://sites.google.com/site/dwfrbycx/home/Customizable_Folders_by_Bobbyperux.zip?attredirects=0&d=1
_________________________________________________________________________________________________________



ITU JE... COMMENT YE KLW DA DOWNLOAD


Sunday, November 28, 2010

Indah Promo dari Cerita




Di tahun 1980-an, slogan "Malaysia Boleh" telah membawa satu gelombang kepada negara.
Itu adalah slogan yang memacu rakyat Malaysia untuk unggul dalam apa yang mereka impikan. Dan mereka berjaya.

Mereka telah berjalan kaki di Kutub Selatan, belayar solo di seluruh dunia, mencapai puncak Gunung Everest dan pergi ke angkasa luar. Tapi bukan itu saja. Ada yang tak nak memecahkan rekod, tetapi nak sangat mencipta rekod di box office
.

Penerbit filem kali pertama Datuk Dr Che Rozmey Che Din adalah salah satu daripadanya.

Dia baru-baru ini mengumumkan bahawa filem 2 Alam akan mengumpulkan RM40 juta di box office. Banyak yang berbesar hati, bangga konon²nya, ada juga yang ragu-ragu dengan cita-cita menggunung tu.

Tapi kemudian, ia pergi ke lautan manusia dengan kempen publisiti dan menjadi bahan ejekan.
Melalui advertorial setiap hari di akhbar, Harian metro, Rozmey (datuk ke?) membuat pengumuman yang tak masuk akal.


"30 juta rakyat Malaysia telah bersumpah untuk menonton 2 Alam ketika dibuka di pawagam, dan filem ini akan dipaparkan di semua 700 skrin di negara ini", dan yang paling menggelikan bulu ketiak - bahawa pembekal pawagam akan menunda tayangan pembukaan blockbuster Hollywood Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 untuk membuat jalan bagi 2 Alam. hahaha..

"Legasi" promosi Rozmey memasarkan filem menggunakan "cara DDR" - mempromosikan Rozmey, bukan para pelakon²nya.

DDR kan macam Rupert Grint.. Serupa rambut cendawannya.
Tapi Rupert tu muka gebu.. comel. seronoklah sikit mata memandang... ini tidak...

Dia juga meneruskan promosi jelajah solo menandatangani autograph dan mengambil foto dengan fans (ada fans jugak tu~). Dan dia terus membuat iklan dalam advertorial dan di halaman Facebook-nya. http://www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm


Malang bagi pengguna yang telah diblock oleh Dr Rozmey kerana hanya bertanyakan perkembangan 2 Alam..



Keluhan pengguna Facebook yang telah di block oleh Dr Rozmey


Ketika media mengkritik filemnya sebagai "sampah dan pembaziran masa dan wang", beliau telah mengumumkan bahawa ada konspirasi oleh wartawan hiburan untuk melihat dia gagal. Dia menolak untuk mengadakan sidang media akhbar dan dengan sombongnya mengatakan bahawa saya tidak perlu media untuk berjaya. WTH


Kalau berita tentang jusmate5 or 2Alam pun telah dibayar untuk disebarkan dalam advertorial, tak mustahil hasil kutipan 2 Alam sekarang ini pun adalah hasil pembelian tiket oleh Rozmey sendiri dan konco²nya sahaja.


Pelaburan promosi "cara DDR" masuk bakul angkat sendiri

Pada hari-hari menjelang pembukaan 2 Alam pada Nov 18, satu demi satu masalah datang menimpa. Pawagam di Singapura tidak menayangkan filem pada 18 November. Filem ini juga gagal untuk ditayangkan di Brunei hari itu.

Seminggu selepas dia (beliau?) mengumumkan bahawa Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 release akan ditunda seminggu, GSC mengumumkan bahawa filem ini akan membuka tirai pada Nov 17, sehari sebelumnya dari 2 Alam. hahaha...

Pada hari pembukaan, dua sesi tayangan telah dimainkan pada sebelah pagi, hall² hampir kosong di seluruh negeri mendorong pembekal pawagam untuk menyatukan masa tayangan untuk sesi petang. Tetapi, hall masih tidak penuh juga. Filem ini dipaparkan pada kurang dari 60 paparan. (target 700 skrin??)

Tapi Rozmey dengan yakinnya mengumumkan pada halaman Facebook-nya bahawa filem itu pada target untuk mencapai RM40 juta dan bahawa semua Malaysia telah mengakui bahawa dialah juara filem Malaysia.


Dia bahkan mendakwa bahawa di Kedah (kampungnya), tiket untuk sesi malam dan tengah malam pada Nov 18, habis dijual, walaupun pada kenyataannya, pawagam di Kedah tidak mempunyai sesi malam pada hari Khamis (sesi terakhir pada 5:00 petang) seperti yang ditetapkan oleh kerajaan negeri berkenaan. ( nampak sangat tak pernah masuk cinema negeri sendiri )

Pada hari Jumaat, dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan penonton ke pawagam, dia mendakwa kutipan filem pada hari pertama adalah sebanyak RM2 juta, melebihi kutipan hari pertama koleksi Avatar, filem terlaris tertinggi di Malaysia setakat ini. Pada hakikatnya, 2 Alam membuat kutipan sangat sedikit -RM80, 000 pada hari pembukaan.
klik sini:



keratan akhbar


" Sana sini riuh rendah apabila 30 juta rakyat 1Malaysia, Cina , India, Melayu dan etnik lain bercakap dan berbicara dangan nada seia dan sekata serta sama rasa,
satu teriakan label dr. Rozmey, DDR dan 2 Alam yang telah menjadi satu keterujaan, satu kebanggaan, satu keyakinan, satu harapan, satu ikon, satu matlamat dan satu
mercu kejayaan masa depan "

Inilah antara contoh ayat-ayat indah yang telah diwar-warkan kepada anak bangsa. Penuh tetapi kosong. Sukar difahami dan tidak jelas apa yang ingin dicapai.

“Biarpun pun satu filem, ia menjadi bualan ramai, itu yang saya mahu. Umpamanya filem 2 Alam ini, di merata ceruk ramai yang memperkatakan sasaran RM40 juta itu. Saya sedar ada yang memperlecehkan impian saya itu tetapi salahkah jika saya mempunyai jiwa besar. Saya bukan Mat Jenin yang berangan-angan tanpa berusaha, sebaliknya saya memerah keringat sendiri, keluar wang sendiri bukan minta bantuan sesiapa untuk filem saya. Saya ada kapasiti seperti idea dan wang untuk menggapai impian saya, justeru saya harap pihak lain yang cuba perlecehkan saya kena ada integriti." ROZMEY



Untuk setiap filem mencapai sasaran RM40 juta, ia perlu membuat kutipan minimum RM10 juta pada hari pembukaan dan RM25 juta dalam minggu pertama. Hal ini berdasarkan pada kenyataan bahawa setiap minggu, kutipan filem akan jatuh sebanyak 50 peratus. Bahkan filem Hollywood tidak boleh mencapai angka itu.

83 pawagam (terbanyak) tetapi kutipan sedikit
walaupun crayon dpt 28 000, takpe lah sebab promosi kurang.. susah nak tengok iklan crayon malah ada yang tak pernah tahu pun... jumlah pawagam pun 25 je.. tapi 2 alam... anda nilai sendiri..



Koleksi hari pertama 2 Alam adalah kurang dari RM100, 000 dan berdasarkan prestasi masa lalu filem tempatan, koleksi minggu pertama 2 Alam akan kurang daripada RM1 juta.

Hanya satu dari dua perkara dapat membantu Rozmey mencapai impiannya untuk menukar 2 Alam menjadi RM40 satu juta blockbuster - keajaiban. Atau ia boleh membeli RM40 juta tiket dengan duit sendiri.

Hakikatnya, 2 Alam telah menjadi filem orang akan ingat sampai bila².


Wednesday, November 24, 2010

Panning yang Memeningkan


Hai, Salam 1Malaysia semua..
Tajuk entry kalini agak best..
hahaha....
tak nak cerita banyak².
Anda tengok lah sendiri sampai pening..
(Pening ke?) lol







:)

Awesome Animal

Hai. salam 1Malaysia semua...
Entry kali ni ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan.
Saya dapat dari beberapa laman web..
nampak macam cun, jadi saya pun download lah..







Apa yang specialnya dengan semua gambar binatang ni?
Haa... jangan tertipu..
Semuanya bukan fotografi..
Tetapi dihasilkan menggunakan perisian 3D



Thursday, November 4, 2010

Berakhirnya subjek Foto




Hai...
Saya baru je lepas habis assesment foto...
agak kurang puas hati lah sebenarnya...
sebab hasil karya saya maybe kurang memberangsangkan...

Untuk yang gambar potret tu saya ambil kat KLCC..
Candid budak Pakistan..
Agak beruntung la sebab budak tu punya senyuman best...
Guna Nikon D90.. Standard lens 18-55mm
Lepas tu convert sephia tone..
Best sebab ade comot² kat mulut dia..
and dekat dalam mata dia pun ade sedikit reflection...
lecturer suka gambar ni...

Yang still life tu plak saya buat kat dalam bilik je...
Nikon D3000. Standard 18-55mm
Guna lighting lampu pendaflour je...
edit² kat picasa skit and macam tu lah hasilnya...
Lect ckp mcm xbest sebab epal tu xnampak fresh sangat...
kurang percikan air kat epal tu..
xpe lah..
dah xbole nak kate apelah kalau lec dah kate mcm tu...


next, HDR.. High Dynamic Range...
Nikon D90 18-105mm
Gambar masjid An-Nur kalau x silap.. UTP...
actually langit x mendung pun mase tu..
Guna software Dynamic Photo HDR, dengan Photomatix Pro...
Lec suka gak gambar ni...
Macam nak kiamat katenye... haha..
Air tu pulak dapat sharp...
sebab buat deghosting dalam photomatix...


overall..
belajar banyak jugak la...
tambah ilmu...
tapi tak tahu lah macam mane result nanti..
hope ok lah.....